nadya's first blog

Monday, August 21, 2006





Kawan Saya

Nama saya Nadya.Umur saya tujuh tahun.Saya tinggal di Shah Alam.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua.Alamat saya ialah 23 jln jenang satu 28/25a,Shah Alam,Selangor.Di sekolah ,saya selalu terfikir tentang semua barang-barang saya dan semua hasil seni saya sebab adik-adik saya suka jahanamkan barang saya.Saya ada seorang kawan namanya ialah Yaya.Umur dia dah meningkat 12 tahun.Dia tu peminat bola keranjang tau.Dia tu otak cair dan baik hati.Dia selalu temankan saya semasa saya ada kat rumah dia.Dia juga selalu bermain dengan saya ataupun bersama kawan sekolahnya .Nama kawan sekolah Yaya adalah Ika dan Batrisha ataupun bersama adik-adiknya.Dania,Azzubayr.Talhah dan juga saya.

Diri Saya

Nama saya Nadya.Umur saya tujuh tahun.Saya tinggal di Shah Alam.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua.Saya berada di kelas 1 Ikhlas.Nama kawan baik saya ialah Nasuha dan Shahirah Husna.Saya sangat rapat dengan mereka.Semasa di sekolah,masa rehat saya sangat suka menjual benda dan saya juga suka sangat beli makanan yang banyak ,seperti keropok lekor,mi goreng,sosej,nasi lemak dan nugget.Saya sangat suka membeli barang di kedai buku dan pusat membeli-belah.Kadang-kadang saya pun asyik naik angin je sebab kenapa saya marah,sebab adik-adik saya suka jahanamkan barang-barang saya atau pun adik-adik saya membuang saya punya hasil lukisan dan mengoyakkan buku sekolah saya.Saya sangat bangga kerana mendapat ahli keluarga macam ni.Walaupun nasib mereka berbeza tetapi saya akan sentiasa menyayangi semua ahli keluarga saya.Kalau saya tidak dilahirkan nanti saya langsung tidak ada di bumi yang indah,nyaman,segar dan bagus ini.Saya sangat bertuah kerana saya dapat hidup di bumi yang nyaman,segar.indah dan bagus ini.Saya sangat berbangga kerana mendapat hidup di dunia ini.Saya sangat bangga kerana mendapat keluarga yang sangat baik hati dan berbilang bangsa.Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana berikan saya melahirkan dari perut ibuku yang tersayang dan tercinta.Bila saya sudah besar nanti saya dapat gaji 30,000 saya nak bagi ayah saya 10,000 dan saya nak bagi ibu saya 10,000 saya ambil 4,000 lepas tu saya nak bagi adik lelaki saya 3,000 dan saya nak bagi adik bongsu saya 3,000.Bila saya sudah jadi kaya saya nak tinggal di rumah banglo bersama keluarga saya dan juga saudara saya kalau mereka nak lepas tu saya nak letak banyak benda-benda dalam dan di luar rumah banglo saya.Kalau keluarga saya nak apa-apa saya akan beli apa-apa saja untuk keluarga saya.Kalau ibu dan ayah saya nak duduk di kampung ,sebelum tu saya akan bawa ibu dan ayah saya pergi berjalan-jalan,pergi membeli-belah,makan di restoran,pergi ke muzium dan saya akan bagi duit untuk ibu bapa saya.Saya nak bagi 25,000 kepada ayah saya dan saya nak bagi 25,000 kepada ibu saya.Sebab kenapa saya bagi duit tu kepada ibu bapa saya,sebab saya mahu ibu bapa saya hidup mewah dan saya mahu ibu bapa saya beli barang keperluan mereka.Kalau adik-adik saya minta duit daripada saya,saya akan bagi seorang satu 10,000.Saya nak mengucap terima kasih kepada ibu bapa saya kerana selalu menjaga saya sejak saya kecil lagi. Saya rasa berhutang budi kepada Papa dan Mama kerana selalu menasihati kakak,menjaga kesihatan kakak dan pentingkan keselamatan kakak.Bila kakak dah besar nanti,saya nak berbalas budi baik ibu bapa saya.Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana Papa dan Mama telah menjaga kakak,utamakan keselamatan kakak,mama dan papa selalu beli apa saja yang kakak nak dan saya rasa macam nak bersama dan menemani papa dan mama untuk selama-lamanya.