nadya's first blog

Monday, October 30, 2006

RAYA 2006

Esok dah nak raya.Saya rasa sangat gembira dan tidak sabar-sabar
hendak tunggu Hari Raya Aidilfitri yang sangat meriah nanti.Sekarang ini saya ada di kampung Johor,Segamat.Pada 2 syawal nanti saya akan balik ke kampung Kuantan,Pahang dan pada 4 syawal pula di Terengganu.Saya berasa sangat gembira bila ada di Johor kerana pada hari raya esok pagi saya akan solat di masjid dan pada malam raya pula saya akan main bunga api dan api.Bila saya berada di Kuantan pula,saya pun tak tahu macam mana rasanya apabila dekat situ sebab sekarang saya ada dekat Segamat.Rasa-rasanya macam semua orang dekat Kuantan tu tengah berseronok kot sebab bila tiap-tiap tahun kalau tiba raya diorang tu asyik main bunga api,masak ketupat rendang,main pop-pop,buat ketupat dan main dengan saudara-saudari yang disayangi ataupun dirindui.