nadya's first blog

Friday, November 24, 2006

ADIK SAYA

Nama saya Nadya.Umur saya tujuh tahun.Saya tinggal di Shah Alam bersama keluarga saya dan adik saya.Sayabersekolah di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua.Saya lahir di Hospital Pusat Rawatan Islam,Negeri Sembilan.Adik lelaki saya bernama Wan Adam Zuhayr bin Wan Mohd Zuhairin.Umur adik lelaki saya 6 tahun dan dia bersekolah di Tadika Ilham.Adik lelaki saya lahir di Hospital Pusat Rawatan Islam,Negeri Sembilan.Dia lahir pada 23-12-2000.Adik perempuan saya pula bernama Wan Sarah Irdina binti Wan Mohd Zuhairin. Umur adik perempuan saya 4 tahun dan dia bersekolah di Taska Lyyana.Adik perempuan saya lahir diHospital Nurul Afzam,Kuantan.Dia lahir pada 10-12-2002.

Hari ini ibu saya akan pergi ke Indonesia selama 5 hari manakala saya,ayah saya dan adik-adik saya ha nya tinggal di rumah. Saya akan tinggal di rumah saya selama 2 hari dan di rumah saudara saya selama 3 hari kerana ayah saya akan bekerja di pejabat selama 24 jam. Ibu saya pergi ke Indonesia kerana ibu saya ada bayak urusan di sana dan ibu saya juga terpaksa mengambil pembantu rumah kami yang baru. Ada juga makcik saya meminta ibu saya untuk beli barang-barang dan mereka tidak akan menyuruh ibu saya guna duit ibu saya untuk beli barang yang makcik saya nak,tetapi mereka turut mengirim duit kepada ibu saya untuk membeli barang yang berada di Indonesia.Ada yang suruh beli telekung yang cantik dan saya pun suruh ibu saya beli buku cerita.