nadya's first blog

Sunday, September 17, 2006

Selamat hari raya

Nama saya Nadya.Umur saya tujuh tahun.Saya tinggal di Shah Alam.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua.Saya orang agama Islam.Saya lahir di Hospital Pusat Rawatan Islam,Negeri Sembilan.Hari ini Hari Raya Aidilfitri,saya bangun awal-awal,bersiap-sedia,memakai baju raya dan bersiap-sedia untuk pergi ke rumah jiran-jiran,kawan-kawan,sanak-saudara dan juga rumah pakcik makcik saya juga.Saya sangat gembira kerana saya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Dan selalunya kalau hari petang saya dapat beraya di rumah orang lain dan kalau hari dah malam,saya dapat nain bunga api,main mercun,baca buku,menonton televisyen dan bolehbergembira sambil dapat bermain dengan saudara-saudari dan juga pakcik dan makcik.Yang paling menggembira sekali ialah apabila semua pakcik,makcik,jiran-jiran,atuk,nenek dan ibu bapa saya.

1 Comments:

At 12:41 PM, Blogger Hero said...

Nadya,

Pak cik nak tunjukkan beberapa kesilapan kecil pada hasil penulisan Nadya ini. Pak cik harap Nadya akan dapat memperbetulkannya pada masa akan datang kerana Nadya nampaknya sangat berbakat.

"nain bunga api" sepatutnya dieja "main bunga api".

"Yang paling menggembira sekali.."
Nadya tidak boleh memulakan ayat dengan perkataan "Yang". Yang mesti didahului oleh perkataan lain. Pak cik cadangkan agar Nadya menambah perkataan "Saat" supaya ayat itu menjadi "Saat yang paling..".

Nadya juga nampaknya tertinggal imbuhan "kan" pada perkataan "menggembira" itu. Sepatutnya ia dieja sebagai "menggembirakan".

Pak cik nasihatkan Nadya agar jangan jemu menulis. Tulislah apa saja. Tersilap pun tidak mengapa kerana kita dapat belajar dari kesilapan kita.

 

Post a Comment

<< Home